.: '' That's what we born to be '' :.

Facebook
RSS

Sender Unit Assy a.k.a pelampung tangki minyak

-
harmza

Salam.. berjumpha laghi dalam ruangan DIY, pada episod kali ini saya akan menunjukkan pertukaran pelampung minyah pada tangki motosikal a.k.a Sender unit assy dan cara-cara mengenal pasti komponen apa yang sebenarnya rosak. Ini adalah pada motosikal saya Yamaha ss two. untuk motosikal lain fundamental dan mekanismanya adalah sama.

 
 Meter minyak pada motosikal saya sangat gila.. Jarum hanya turun pada separuh sahaja walaupun minyak di dalam tangki suda kosong. Jadi saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit penyelidikan berkaitan komponen mana yang sebenarnya telah rosak. Sama ada meter ataupun sender.

 1. Buka Pelampong atau sender unit pada tangki minyak menggunakan spanar size 8mm.










2. Inilah sender unit assy.











 3. Setelah dikeluarkan, saya menggunakan digital multimeter untuk menguji Voltage Supply ke Sender, nampaknya, meter minyak motosikal saya tidak ada masaalah. Dan suspek utama dalam kes ini adalah sender unit itu sendiri.





4. Kemudian saya membuat sedikit konfigurasi, sambungkan wiring dan sender seperti asal. Kemudian letakkan probe multimeter pada terminal -ve dan +ve. Setkan pada mode resistance pada multimeter. Turun dan naikkan pelampung dan lihat resistan value nya. Unit saya ini resistance value nya statik pada sesetengah tempat.

* sedikit formula, resistance value tinggi, voltage rendah pada kedudukan 'E'. Resistance value rendah, Voltage tinggi pada kedudukan 'F'.





5. Saya bukak unit itu dan lihat sesetengah resistance pada board telah saturated.









6. Dan apa lagi.Nampaknya saya terpaksa beli sender unit yang baru, Disebelah kiri adalah unit yang lama, dan sebelah kanan adalah unit yang baru. Saya cadangkan anda beli yang original. kerana kualiti adalah yang terbaik, berbeza dengan yang imitation.






7. Pasangkan semula sender unit pada tangki minyak. Sambungkan juga wiringnya. Kemudian test. Untuk motosikal saya ianya berjaya











Sekian sahaja untuk hari ini, nantikan DIY yang akan datang.
~Hamzah~