.: '' That's what we born to be '' :.

Facebook
RSS

Pasti kamu belum tahu..

Dari mana datangnya gas kentut?
> Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang  meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.
 Apakah yang membuatkan kentut busuk?
> Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan  mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam  perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang  besar.
Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
> Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur.Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi  punggung. Ini adalah suatu kesilapan.
> Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada  kentut biasa?
> Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen  dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan  dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melaluo bahagian yang kotor didalam  perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapaibunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. nilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas,Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat
Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
> Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentutsehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.
Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
> Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran .Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil  dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.
 Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
> Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.
Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
> Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.
 Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
> Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam  bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.
 Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?
> Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk  menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.
 Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
> Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh  terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba,  anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda  mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.
 Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
> Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu.  Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.
 Adalah kura-kura kentut?
> Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral danWestern Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.
 Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?
Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.
Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau  larut dalam cairan.
Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?
> Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
> a) Pengentut menghidap cirit-birit
> b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
> c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan  daripada gas atau cairan.
Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?
> Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.
 Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi  lebih busuk?
> Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada system penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain.
> Adakah kentut mampu membunuh?
> Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US menganggarkan  sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianyaberoperasi dalam 20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan  intestine mereka.
 Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?
> Makanan yang pedas dan berempah. Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik.Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu adalah...
 Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan  kentut kita boleh bergerak kehadapan?
Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran. 
 Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?
Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa  dengan doktor.
 Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?
 Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.

 Apakah nasihat anda untuk penggemar kentut?
Ya! akhir kata jadik pengentut yang bijaksana dan bijaksini, anda pasti dikagumi dan disanjung mulia oleh pengentut2 yang lain. jadikan kentut suatu riadah yang sehat. Dan harapan saya agar sukan kentut akan diperkenalkan di sukan olimpik suatu hari nanti!

Oleh: Kotakoren.blogspot.com
[ Read More ]

Dariku untukmu..

Sahabat..
Di saat kau perlukan aku,
akulah segalanya..
akulah pendengar liku-liku,
Disinlah aku mendengar lipur laranya..


Sahabat..
Kau laporkan semua yang berlaku,
Kau tanyakan apa seterusnya,
kau berhujah membuat aku kaku,
kau menjadi manfaat kepada yang mendengarnya,


Sahabat..
Setelah angin berlalu,
setelah ribot terlepas,
Setelah semuanya hapus,
setelah kau 'guna'kan aku,


Sahabat..
Kini semuanya jelas,
semuanya telah nyata,
perguna dan dipergunakan adalah rencah kehidopan,
Sahabat hanyalah tatkala kamu memerlukan,


Sahabat..
Telahku nukilkan ini kerana kau,
Telahku coretkan ini kerana kau,
kerana kau..
Demi kau..
Kerana aku masih ingat akan pepatah kau..
'' Dah dapat kawan baru kawan lama ditinggalkan''
Ini maseh segar di kotak fikiran.


Sahabat..
Aku mengerti dan aku juga sedar diri,
Aku hanya dikala kau memerlukan nanti..


Salam,
~Naufal Fansuri~
~bilek aku~
~8.53pm~
~24 Nov 2010~
[ Read More ]

Trunk Release | Ranchangan DIY Kembali..

Salam sejahtera, Bertemu lagi kita dalam rancahngan..... DIY, sebut semula Adik2… Ranchangan... D….I….Y……. Jimat belanja tambah pengetahuan~!
Kali ini apa yang nak saya paparkan ialah bagaimana caranya memaksimumkan penggunaan Alarm kereta.
Kebanyakkan alarm aftermarket dilengkapi dengan Trunk Release. Tapi kebiasaanya pekedai aksessori tidak memasangnya. Kenapa? Disebabkan kebanyakkan kereta menggunakan kabel manual untuk membuka trunk. Jadi untuk memasang remote trunk release, mereka perlu membuat wiring dan memerlukan motor actuator.( lagipun harganya tidak berbaloi untuk dibayar!. )
Ok, disini saya akan menunjukkan serba sedikit tentang cara membuat DIY remote trunk release.
Apa yang patut ada?
1. Door Lock Actuator 2 wire type.
2. Relay .
3. Kabel brek basikal.
4. Wire sekucup rasa.
5. Drill untuk tebuk lubang.
6. Kelengkapan atau Tools yang bersesuaian.
7. Seperti biasa, keberanian. Motonya ialah DARE TO FAIL.



Pertama sekali fahamkan dulu diagram diatas. Kalau sudah faham dan alatan telah mencukupi, mari kita bermula.



Sebelum saya membuat pemasangan yang lengkap, saya telah mencuba terlebih dahulu . Jadi saya lakukan functioning test. Semuanya berjalan lancar, Relay, Door Lock Actuator, Alarm Module semuanya berfungsi dengan baik sekali.Amaran step ini sangat penting.


Letakkan Door lock actuator disebelah reverse lamp. ( ini adalah pada kedudukan kereta Wira ) kereta lain, sila gunakan kreativiti anda sendiri.


Ini adalah gambaran zoom out, lihat kedudukan Door lock actuator dan trunk release. Pastikan selari, kerana boleh memanjangkan jangka hayat Door Lock Actuator disebabkan ia tidak menerima banyak tekanan. Setelah mendapat kedudukan yang baik, tebuk lubang dengan menggunakan drill dan ikat skru tapping pada motor.


Setelah semuanya selesai, tarik kabel dari Door Lock Actuator ke trunk release,laraskan kabel brek basikal secukupnya. Pabila kerja-kerja berkaitan mekanikal telahpun siap, langkah yang seterusnya ialah proses bahagian elektrikal pula

Wayar biru tapkan pada body ( grounding ). Manakala wayar hijau pula, langsung disambungkan terus kepada Relay. ( untuk saya, kedudukan relay saya letakkan di sebelah Alarm Module ). Wiringkan semuanya mengikut diagram yang telah diberi diatas sehingga lengkap.
Pabila semuanya selesai, cuba dan lihatlah keberkesanannya. Selamat mencuba dan maju jaya ya.

Dikepilkan juga video saya.




Nota Kaki : Kadang2 terjadi dimana kedudukan kabel perlu di selaraskan semula.
Nota Kaki lagi : Tak sabar rasanya mahu ke pasaraya, sambil membawa troli ( sambil bersiul pulak ) menuju ke tempat parking kereta dan terus remote trunk release ( tak perlu nak sumbat2 kunci pulak ). He he he… banyak pulak lak pulak yer..hee
[ Read More ]