.: '' That's what we born to be '' :.

Facebook
RSS

Today last day..


Hari ini hari terakhir saya di tempat kerja ...
Hari seperti ini selalu akan merasa aneh dan menyedihkan.
Aneh, kerana saya meninggalkan sesuatu..dan menuju kesesuatu untuk masa depan yang entah bagaimana tidak diketahui,
sedih kerana saya meninggalkan sejuta kenangan dan terutama kerana saya tahu anda akan kehilangan orang,
saya benar-benar menghabiskan sebahagian besar hidup ini bersama kalian... 5 tahun, begitu banyak masa..
saya rasa mengenali mereka dan bagaimana mereka menyentuh hidup saya,saya membina hubungan yang berbeza dengan mereka,
barangkali baik, dan bahkan yang tidak begitu baik, semuanya datang kepada saya .

Kenapa saya mengambil langkah ini?Nun Dihati saya hanya merasakan ini adalah waktu yang tepat untuk saya bergerak daan beralih.
Sebagaimana keputusan saya kesini dahulu.
Strategi dasar saya adalah untuk menetapkan tujuan jelas dalam kehidupan ini dan diri sendiri,
Pindah ke sesuatu yang lain dalam kehidupan kerjaya saya hanyalah salah satu langkah.banyak lagi langkah yang tidak kurang hebat cabarannya
dihadapan yang akan ditempohi nanti.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di tempat kerja untuk perjalanan yang besar dan panjang.
Sungguh menyenangkan mengenal kamu semua dan berkesempatan untuk bekerja dengan setiap satu daripada anda.
Saya berharap bahawa kita akan terus berhubung dimasa hadapan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat kerana menjadikan saya sebagai sebahagian daripada pasukan.
saya bangga tahun-tahun yang saya habiskan di dalamnya, peranan yang saya miliki dan pekerjaan yang saya lakukan.
Saya sangat senang melihat syarikat berkembang lebih banyak dan pergi ke peringkat yang lebih tinggi.
Saya berharap anda semua yang melakukan yang TERBAEK!!
[ Read More ]

Saya sudah..kamu bila lagi?


( gambar ini adalah penyedap jalan cheritera).
Saya sudah......
berkemas.. meninggalkan seribhu kenangan,
berkemas.. meninggalkan sejhuta kepahitan,
berkemas.. membelakangkan sebilion kemanisan,
berkemas.. meninggalkan tempat saya mengenal diri dan potenshi,
berkemas.. meninggalkan tempat saya menghabeskan separuh zaman kemudaan saya,
berkemas.. meninggalkan rakhan dan taulhan,
berkemas.. Disini tempatnya saya memperteguh pandhangan dan kendhiri,
berkemas.. Disini juga saya mengasah bakat terpendam,
berkemas.. Nun disini juga memahami erti kawan,kehidupan dan keselesaan,

namun, saya harus tinggalkan jua.

~ hamzah a.k.a Naufal Fansuri ~
[ Read More ]

The Jawa Dilemma by - Kotakoren


Saya?
-buntu.
-stress.
-otak berpeloh penat.
-Muka=ketat.

Saya?
-tak tahu.
-Rasa Pasif walaupon nampak seperti affirmatif.


Saya?
-Tolong ajak saya berlibur...saya sangat perlukan sekarang~!
[ Read More ]

Peremphuam Puaka~

Saya sedang menuntun siaran berita yang agak berat sebelah di kaca televisyen berjenama SHARP olskool di rumah mak bapak saya..Saya bukan keluarga ada-ada. jangan harap la nak televisyen Plasma.

Sedang ashek menuntun, tiba2 peremphuan Puaka itu muncul. Tanpa melihat ke arah Televisyen saya terus tekan punat Off di alat kawalan jauh. Setelah saya pastikan yang siaran telah pun di tutup, saya berjalan menuju ke arah suis utama. Dan terus Off juga disitu.Takut2 tiba2 terbuka kembalhi televisyen. Maklumlah peremphuan Puaka la katakan. Macam2 dia boleh buat.

P/s: Saya harap saya tidak bermimpikan beliau malam ini.
P/p/s: Kenapa beliau hari2 munchul di kaca televisyen? Putri umno kah beliau?

[ Read More ]

Jalan Membuat Kephutusan..



Situasinya begini. Cuba adaptasi ya..
Di waktu tengah hari berhampiran jam 1:34 Minit. Sedang ofis agak kelam dek menjimatkan elektrik di waktu rehat..saya..............................
Berjalan menuju ke meja bos dengan langkah yang agak takkabur dan agak gementar..tapi sebagai seorang yang kool dan mahu dilihat kool..saya dengan muka kool saja....berjalan menuju ke meja bos.....
Disusun langkah.. kiri..kanan..kiri...kanan... dan tatkala sampai di meja bos perbualan berikut terjadi:

Saya : huh..untuk bos (sambhil memuncungkan bibir yang halus mulus ini.)
Bos : ...............Apa ni?
Saya : Baca sendiri.
Bos : .............nantilah.
Saya : (Dalam hati, hampeh bos ni xde human sense lgsung, tuh surat resign aku tuh) sambil berlalu...

Itulah situasi semasa penyerahan surat...xde menarik pun... potong2 riben pun xde... terlalhu hambar persembahan saya agaknya...
[ Read More ]