.: '' That's what we born to be '' :.

Facebook
RSS

Saya tinggalkan sekeping hati....

1. Laghi tak samphai 24 jam saya akan berangkat ke "kem latihan" anjuran tempat kerja saya.

2. Saya langsong tak hinggin nak pergi. tapi dipaksa, kalau tak perghi 'you are fired'! katanya.takpa dia eksen.mentang mentong kilang bapak dia.

3.taphi barang keperluan telah disuson kemas dan raphi di dalam beg galas saya.

4.Saya dan semua peserta kursus ( secara ugutan) agak berdebar.Disebabkan motivatornya langsung tidak bertauliah. Jangankan kata sijil pentauliahan kejurulatihan, malah sijil derma darah pon belom tentu beliau ada. Beliau mendakwa yang beliau mempunyai sijil CPR, taphi memandangkan misai beliau yang terlalu tebal seperti hutan hujan khatulistiwa, pasti tiada siapa pon yang berani pengsan ataupun berpura pura pengsan semasa di kem nanti. kembang tekak weh!!..

5. Saya terasa sayu meniggalkan talian internet ini selama 3 hari. Dahlah ini adalah minggu2 terakhir saya merasa penggunaan streamyx.

6. Apa-apa hal pun saya tinggalkan video dibawah ini untuk dikaji dan diulang kaji.

selamat beramahhhhh....

[ Read More ]

Kebun dan belukar Cintaku..

Kelmarin.
Aku masih disini
aku tinggalkan sekeping hati
Di dalam belukar ini
Dan aku tandakannya dengan 'Inilah belukar cintaku'
Dan kupacakkan disitu

Semalam,
Kau lewati belukar itu
kau redah semak samun itu
melihat tanda pasti
Masihkan ada disitu

Hari ini
Kau masih lewati lagi
Di semak samun itu
mana parangmu
menebas belukar ini

Esok
Apakah tanda itu masih disitu
tidakkah kau mahu membajainya
ataukah merampas tanda itu
menandakan ianya hak kamu.

~ Naufal Fansuri~

[ Read More ]

Pertanyaan?? Sila ambil number gilirhan..

Kawan2 saya yang pernah mengunjungi hikayat belog saya nih selalu banyak tanyalah...Saya malaslah nak jawab secara lisan, nanti lagi banyak soklan korang kasi....Tapi saya nak tulis.apa korang ingat saya ni keje kaunter soklan kah? tapi sebagai pembelog yang amatur saya sedia melayan karenah kenakalan kamu semua..Kebarangkali Soalan-soalan yang sama tetaphi dalham nadha, irama serta pitching yang berlainan..

Antara soklan yang sempat saya ingat: - sebenarnya ada lebih kurang pat belas ribu juta soklan..



1." Ko tulis-tulis belog tuh dapat apa? "
2." Berapa blogspot bayar ko? "
3." Semphat lagi yer membelog? "
4." Ko dah takdak kerjha lain lagi kah? "
5." Kat opis bosan kah?? "
6." Eh..ko ni lonely yer? xde GF yer??"


BTW, saya akan jawab secara ringkas dan padat..

Soklan 1 dan 2. saya menulis secara sukarela,blogspot takdak satu sen pon bayar royalti pada saya. patutkah saya boikot? Dan juga saya hendak memahirkan jari jemari saya yang kiut ini dengan keyboard..

Soklan 3 hingga 5. Buat masa ini saya agak percuma, kerjha pun agak memboshankan kebelakangan ini. Bos beso saya pun agak Stone juga..

Soklan 6. Saya taknak jawab. jangan tanya laghi.


nota:nanti-nanti saya nak bersajak pulak..ha ha ha...
[ Read More ]

Puisi si Kotakoren...

Tatkala kesedihan,kemurungan dan kedukaan orang lain
Pasti akan ada seseorang yang akan mentertawakannya
Lantas terus menerus menyakitkannya

Teruskanlah..teruskanlah..teruskanlah...
Kerna,
Jika kesedihan orang lain adalah pengubat dukamu..
Jika kemurungan orang lain itu penawar bagimu..
Jika kesakitan orang lain itu pemuas sanubarimu..
Dan..Jika kamu rasa ianya beerti dan bermakna seraya menghiburkan hatimu..

Tertawalah..tertawalah..tertawalah..
Selagi mampu tertawa
Teruskanlah hilai tawamu itu...

Tersenyumlah..tersenyumlah..tersenyumlah..
Selagi bibir manismu bisa bergerak..
Semasa gigimu kukuh berdiri
Dan sebelum ianya rongak..
Teruskanlah senyum kambingmu itu...

Kerna,
Tiada pengubat duka melainkan tertawa dan terus tertawa...

Arakian tetapi..Ingatlah
Sematkanlah diminda
Dunia ini roda
Setelah berhenti ketawa..
Setelah berhenti tersenyum..
Setelah terhenti semuanya..


~ Naufal Fansuri ~

Nota : Bahagian untuk kamu akan muncul jua..bilakah waktunya? apakah ketikanya? bagaimanakah suasananya?? Saya dan seluroh gerombolan ini menanti penoh harapan.. mampukah kamu tertawa dan tersenyum lagi di waktu itu.....
[ Read More ]

Tips untuk suami..

Seorang suami mendekati seorang gadis cantik dan seksi disupermarket seraya mengatakan,
'maaf ya..saya kehilangan isteri disini, boleh bersembang sebentar?, dua minit sajha?'

'Kenapa?' tanya si gadis.

'Kerana setiap kali saya kehilangan isteri saya dan bersembang dengan gadis cantik, isteri saya tiba-tiba muncul dan terpacak entah dari mana...'


jadi kepada para suami di luar sana, jika kamu kehilangan isteri kamu di pasaraya apakata cuba tips diatas..pasti terkeshan...lebih lebih lagi jika tawaran diskaunya seperthi di bawah. Pasti para para suami akan kehilangan isteri..

-Pesanan penaja saya : jangan dicuba atau ditiru tips diatas ini kepada pasangan yang baru berpacaran dan belom berkahwin, dikhuatiri tulang temulang rawan anda akan membengkok akibat libasan menggunakan troli oleh pasangan. -jangan mengada ngada nak cuba.-!

[ Read More ]