.: '' That's what we born to be '' :.

Facebook
RSS

oohh..ohh..oh...Balek kampung...ooohh..ohh..

1. Hari ini sudah masok hari ke dua Syawal.
2. Rumah saya tiada orang. Semua Balik ke kampung kakak ipar saya di Sepintas, Sabak Bernam.
3. Saya tinggal keseorangan sajha di rumah ini bertemankan sekeping laptop Compaq saya yang dibeli pada tahun lepas. Bersama memeriahkan kekosongan rumah ini adalah Wayarles Internet Connection sumbangan jiran saya iaitu En.Beskut.Terima kaseh kalau tak saya mesti bosan dan sangap sajha di rumah yang comel ini.Pasti saya akan jadi seorang yang pasif.
4. Tapi kalau ada 'Dayor' datang pulak macam mana?? Saya kena fikirkan satu akal yang agak bijaksini dan energetic.Tapi apa ya.? huh~! Jika kamu tak tahu 'Dayor' tu apa, sila tanya dengan rakan berbangsa Jawa kamu. Andai beliau juga tak tahu sila ketok kepala lutot beliau dengan kipas siling.
5. Dan hasilnya adalah seperti gambar di bawah.ha ha ha ha..




Pesanan Saya : Terima kasih kepada 'Dayor' yang sudi nak singgah tapi tak dapat. Maka tak dapatlah jua menghabiskan kueh dan beskut raya saya. Jimat juga duet raya saya.ha ha ha. Saya mintak maaf banyak-banyak kerana tak bukak pintu. Datang semula raya keempat nanti ya.
[ Read More ]

Saya perlukan sehelai kampung.


Hari raya eidulfitry dijangkakan akan berlangsung lagie tiga hari lagi...
jadi dikesempatan ini Tim Kotakoren ingin mengucapkan, bukan menguapkan ye.
Selamat hari raya maaf zahir dan batin..
konteks 'batin' yang orang ramai selalhu salah anggap ialah nafkah 'batin' suami
kepada isteri atau sebaliknya. Justeru itu ramai diantara kawan kawan saya hanya mengucapkan ''selamat hari raya maaf zahir je taw, batin2 takde...''
tapi apakah maksud 'batin' itu sendiri?? mengikut dewan bahasa dan pustaka, 1.perkataan batin itu terdiri daripada perbuataan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. 2.Sesuatu objek yang tidak daphat dilihat dengan mata kasar. contoh: tenaga batin. kalau nak tahu lebih lanjut lagi bukak kamus sendiri, ataupun tanya dengan pakcik google jangan nak malas malas yer...

Bagi saya perlu juga kita bermaafan secara batin..manalah tahu kita ada terkutuk, terngumpat,dan berbagai-bagai terrr.... lagi... kepada seseorang. Arakian juga perlu diminta maaf...sebabnya perbuatan mengumpat dan mengata serta mengutuk pastilah dilakukan secara bersembunyi jauh dari empunya jasad yang diperkatakan. secara teknikalnya kita pasti tidak lari jauh dari perbuataan yang tidak baek dan berfaedah. Akan tetapi secara mekanikalnya perbuatan yang tak berfaedah itulah yang terbesh sekali. kah..kah..kah..

Akhir kata Selamat Hari Raya Eidulfiti...
jagalah keselamatan di hari kemenangan ini...

p/s : Saya takda kampung...ada tak sapa sapa yang nak ajak saya ke kampung beliau??
kalau ada kontek saya dengan segera. Saya rindukan kampung yang maseh bersuasana kampung. Kalau setakat nama je kampung tapi macham tempat tinggal saya sekarang ni baik tak payah ajak. buang karen je.
[ Read More ]