*** Kotak Oren ***

.: '' That's what we born to be '' :.

Facebook
RSS

Undangan Resepsi Perkahwinan Kotakoren!


Assalammualaikum, Salam sejahtera kepada semua pengunjhong Kotakoren. Dengan ini adalah diumumkan diwar-warkan, di hebohkan, dikechohkan dan digembar gembhurkan seperthi yang terchatat dithajuk berita diatas, maka diisthiharkan Kotakoren akan mengakhiri zhaman perlayaran sholo dan keseorangan denghan seorhang gadis yang telah menerimha Kotakoren denghan seadaanya. Diharapkan gadis itu akan terus menyintai dan menerhima seghala kekhurangan yang ada pada Kotakoren selamanya......

Oleh yang demikian, Dishini Kotakoren dan bhakal Isteri ingin menjhempot shemua rhakan-rhakan, saudhara mara, khenalan-khenalan Facebook, Tweeter dan Blogspot, sama ada mengenali khami secara alam maya ataupun apa jua chara unthuk memheriahkan dan menghangatkan laghi shuasana shemasa berlangsungnya majlis resepsi perkhawinan khami berdhua. Kedhatangan anda adalah amat2 dialukan dan dihargai.


Dhoakan shemuanya berjhalan dengan lachar, aman dan sentosa hendaknya... Ameen...

Hadapan ( click gambar untuk besarkan )

Undangan Resepsi Perkahwinan ( click gambar untuk besarkan )

Lokasi tempat berlakunya kejadian ( click gambar untuk besarkan )

Nota Khaki : Kotakoren tak mintak peti ais, mircowave, peti shejuk, dhapur, sofa ikea, mesin bashoh dan water heater taw..  he he he... :-). Shampai ketemu khamu shemua nanti ya!!!


Nota khaki lagi : Kepada mereka yang mungkin Kotakoren dan bakal Istheri terlupa ataupun terkhilaf untuk memberi kad, diharap anda tidak berkhecil hati, malah jhika anda terbhaca entri ini anggaplah ini adalah undanghan IKHLAS DAN TULUS dari khami berdhua.. Sesungguhnya khami amatlah berbesar hati.


Lagi-Lagi Nota khaki : Kepada rakan-rakan bakal Isteri shaya, NIK AZWATI BINTI NIK MUSTAPA yang berada di sekitar Lembah Klang yang mungkin agak jauh untuk ke Kelantan adalah dengan ini dipersilakan untuk memeriahkan majelis di sebelah pihak penganten Lelaki  di Klang, Selangor..


Didahulukan dengan uchapan terima kaseh..
[ Read More ]

hai..hai..hai...


ini hobi terbaru saya, ada bran? jom join!!
[ Read More ]

hepy bufday kotakoren~!

Hari ini genap umur shaya yang ke ??? mengikut kalendar masehi.. dan dihari ini juga,
Shaya telah dapat apa yang shaya hajati setelah sekian lama apabila hari laher shaya tiba..
Apa ya agaknya? jeng...jeng....jeng.....klik sini ya...

apa kat dalam tu? secret sangat ke?
Wah!! siap lilin bagai...ha ha ha
Yahooo!! Cheese Cake! yummy!! Thanks dear!


 Nota Kaki :
Sangat besh! teringin hari jadi 4kali setahun...ha ha ha..
Impian? jangan tanya ya!

[ Read More ]

Milik siapakah jari ini?

Misi saya pada hari raya ke-5 sudah berlalu iaitu pada 03 september 2011.. Misinya adalah gambar dibawah ini.. jadi tafsirlah sendiri ya!

Original ke ni? nampak cam zhulian je.. he he he..

Dah selamat disarungkan? tapi, tangan siapa tu? nampak gebu je.. he he...
Nota khaki: Semoga dipermudahkan segala urusan.. Amin.......
[ Read More ]

DIY | Side fender lamp wira

Haaaiiiii... semua......
Bertemu lagi dalam ranchangan DIY,pada entri kali ini, saya akan menunjukkan serba sedikit cara-cara DIY side fender lamp wira. Ianya akan menyala sekali sewaktu kita on switch lampu. Kalau dikedai aksesori kereta, upah untuk buat wiring ni akan dikenakan cas lebih kurang RM15 hingga RM25. Jadi daripada kita membazirkan duit, lebih baik buat sendiri disamping menambah pengatahuan kita. Sila ikuti cara-caranya dibawah ini. Kalau kurang faham atau ada persoalan, Sila tinggalkan komentar anda. - klik pada gambar untuk besarkannya..

Ini adalah diagram sebelum proses dijalankan. Basic sahaja, Saya rasa ianya mudah difaham.

Ini adalah diagram selepas ianya diwiring, Fahamkan dan anda akan mudah untuk membuatnya. Simple wiring, diharap ianya membantu.


Mula-mula, keluarkan side fender signal. Kenal pasti polarity antara Positive dan Negative. Gunakan test lamp ataupun multimeter. (Kebiasaanya wayar negative berwarna hitam.
Ini wayar yang perlu di'tap'kan ke lampu kecik pada head lamp. Kenalpasti juga Polaritynya. Sambungkan pada Positive 12v.

Kemaskan wiring, dan pasang semula side signal fender. Dah siap! Signal fender akan juga berfungsi dan berkelip semasa signal membelok dihidupkan. Cuma bezanya kali ini ianya berkelip tidak sekata dengan signal pada head lamp. tetapi ianya tiada masaalah, Malah lebih baik.
[ Read More ]

Shalam Lebharan..


Ucapan Khas Hari Raya EidulFitri untok penjengok KotakOren..

Selamat Hari Raya!
Berhati hati dijalan Raya!
[ Read More ]

Salam Perantauan..

Sekarang sudah masuk 20 ramadhan, kira kita sudah hamper ke penghujung bulan yg mulia ini. So bagi yg tinggal jauh diperantauan mungkin ini lah masanya untuk mengirimkan ucapan salam perantauan kepada sanak saudara di kampung! 

Bagi pelajar dan pekerja yg berada di negara asing, mereka mula sedih kerana tidak dapat pulang atas sebab yg tidak boleh dielakkan. Bagi 6 sekawan dibawah ini yg kini sudah lama menetap di Malaysia mula berasa sayu walaupun ada sedikit senyuman manis dilemparkan pada kamera!


Dari kiri : Ahmed Farhan, Mohammed Mohyedden, Mubarrak Ali, Mohammed Saiful, Fardeen Khan, Rosleen Hasbullah


Ucapan : Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada ayahanda, bonda serta nenda di kampung. Kami di sini tidak dapat pulang beraya sebab itu tauke sudah kasi wang banyak. Assalamualikum..

Nota Kaki : Sesiapa yang sudi untuk mengirim ucapan diperantauan, boleh menghubungi kotakoren. :p




No
[ Read More ]

Jangan Chemburu..

] Dipaparkan admire terbaru shaya.. Untuk renongan bershama..

Sila jangan chemburu ya..
Nota kaki: Ucapan dari abang, tahun ni jangan lupa datang beraya dirumah abang ya! Abang tunggu taw..
Sayang awak ketat-ketat ( kah!).
[ Read More ]

Kesah di tesko

] Di tesko : Ada jualan murah buah tembikai tanpa biji, sekilo rm0.59. Semua orang pakat serbu.
Masing2 dok tepuk2 dan ketok2 buah tembikai tuh. Sangat rare situasi masa ni.Tang Tang Tang","Tung Tung Tung...
Saya : Angkat sebijik dan sambil membuat perkara yang sama dan terfikir, ''what the eefff aku buat ni?" lantas bertanyakan kepada pakcik senior disebelah.
Saya : "Pakcik,kenapa kena tepok tampar buah ni?"
Pakcik : "Ntahlah dik, semua orang dok ketok, Pakcik pon folo je lah" sambil memasokkan 2 bijik buah tembikai kedalam troli.
Aku: Pfffhh!!
Pembeli yang lain: Semua tundok, buat2 tak dengar perbualan kami.
Kesimpulan : masing2 pon tak tahu benda apa yang mereka buat. hahahahaha...
[ Read More ]

Ahlan wahsahlan ya Ramadhon.



1.Lagi beberapa hari umat Islam di Malaysia akan menyambut kedatangan bulan yang penoh mulia dan keberkatan iaitu Ramadhon.Mengikut kalendar ianya akan jatuh pada 1 ogos 20011. < macam dah xde thrill langsung sekarang ni, sebabnya kita dah tahu lebeh awal.
2.Di kesemphatan ini, Kotakoren mengucapkan selamat menyambut kehadiran Ramadhon Al-Mubarak.
3.Kotakoren juga ingin memohon sejuta kemaafan andaikata ada mana-mana entri ataupun kata-kata yang telah menyinggung perasaan penjenguk blog ini.
4.Semuga semuanya dikurniakan kesehatan yang baik dan diberikan kekuatan untuk beribadah nanti.
5.Selamat berpuasa!

Ahlan wahsahlan ya Ramadhon!


Nota kaki: Kotakoren telah diserang virus flu dan batuk sejak beberapa hari ini. Harap boleh sembuh sebelom Ramadhon menjelang.
[ Read More ]

kisah yang bizarre!



Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."


Nota Kaki: Dah lama kotakoren tak rasa birthday cake~! kah!
[ Read More ]

PELUDAH WARNA

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said
[ Read More ]

Siapa nak duet? Sila join!< bongok!


Ada orang kata :

1.skim cepat kaya
2.Skim piramid?
3.4D - Duduk Diam Dapat Duet.
4.Jualan Langsong.
5.Kerja Separoh masa.


Dia akan kata :

1.Barang ni baek untuk kesehatan.
2.Kalau kamu jual ni kamu akan dapat duet tambahan.
3.Skim ni nak tolong orang melayu dan Islam.
4.Dijamin Halalan toyyiba.
5.Dalam masa sebulan dapat jadi Manager.
6.Minggu depan kereta BMW saya keluar.
7.Kamu gigiet jarilah kalau tengok saya kaya nanti.
8.Rugi besar kalau tak join sama.
9.Peluang sekali seumur hidup.
10.Artis terkenal pon join sama.

Saya akan jawab :

1.Minuman keras Carlsberg, pon CEO dia cakap baek untuk kesehatan!.
2.Kalau tak dapat jual? kamu nak tanggung air liur dengan modal yang dah didahulukan?
3.Kalau nak jual, jual saja.! tak perlu libatkan agama dan bangsa.! pembohong!.
4.Setakat tunjuk sijil apa barang. Pasport pon dorang boleh duplicate.
5.Kalau lebeh dari sebulan? kamu boleh jamin?
6.Yeke? kalau macam tu tunggu kamu bawak BMW tu dengan gerannya sekali tunjukkan pada saya. Dijamin saya akan terpedaya.
7.Tak payah tunggu nanti. Sekarang pon saya dah gigiet jari lihat kebodohan kamu.
8.Lagi rugi kalau saya join.
9.Tak apa, saya tunggu skim-skim yang laen pulak.kah kah.
10.Sebabnya artis tuh dah tak laku. Dengan kata laen dah pokai. So inilah lobang duet dia. Sengal!

Apapun istilahnya dan apa jua kata2, Heyy! aku tak berminat!( Nada Tegas ataupon ayat Seru!)
jangan nak cerita banyak2 lagi!
buang masa tahu tak? tak tahu? kalau nak tahu sila hempok kepala di tayar keretapi lapan ratus kali.
dijamin akan tahu.!


Nota kaki : Hooii! nak masok tandas pon kene doposen!
[ Read More ]

Unggun Bersih

Sajak oleh sasterawan negara! 
Sajak yang bukan membodek!

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
http://samadsaid.wordpress.com/
[ Read More ]

Baizura Kahar kembhali.


Alhamdulillah...


Baizura kahar saya telah kembhali! dan dia akan beraksi setelah lebih dua minggu di dalam wad.
Dokter cakap beliau telah pulih, arakian perlu menjalani terapi selama sepurnama.
Makan pun kena pantang jugak..adooiiyaaii...
Bilnya?? Aduuhh... rabak jugak la poket.. Ringgit Malaysia seratus lapan puluh sahaja.! < demit!
Lari bajet nak tengok muvie Awekku Pontianak, kah kah kah.!

Semuga beliau pulih dengan jayanya! dan akan terus beraksi dengan lebeh cemerlang lagi selepas ini.

Nota Kaki : Sesiapa yang ada bujet lebih dan tiada teman menonton muvie silalah meses2 saya ya! pasti kamu tidak akan dihampakan!
[ Read More ]