.: '' That's what we born to be '' :.

Facebook
RSS

Drama, Realiti Dan Fantasi.


Aahh...layan lirik Yantzen....

Insan

Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana

Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan

Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa


Nota Kaki:
Kehidopan ini adalah pentas drama, kita hanya pelakonnya. Dan para-para pelakon pula adalah
pementas realiti kehidopan.
[ Read More ]

Linthas Langshong...


Lintas langsung dari stesen2 minyak yang sedang berpesta sekarang...


Kuala Lumpur, 15 julai – Awal2 lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.10/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.85/liter, bermula tgh malam ini.


Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang tadi.
Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berbulan bulan lamanya.


Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,”Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna”.


Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, “Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas.”


Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, “Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin.”


Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, “Tak payah interview saya …. Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi.”


Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,”Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap ‘Merah’, ‘Hizau’ minyak lama, ‘kuning’ minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh.”
Sekian dahulu liputan kali ini. Hidup 1Malaysia!!!
[ Read More ]

Kontang la poket kau.


1) Minyak Petrol - Setahon paling busuk-busuk pun NAIK sekali. Kalau bernaseb baek, setahon Dua Kali.

2) Gula - Paling tidhak pun setahon 3(tiga) kali.

3) Elektrik - Ikut kenaikan minyak Petrol, kalau Dua kali, Dua kalilah NAIKnya.

4) Gas LPG - Gerenti NAIK setahon sekali. (Ikut keNAIKan minyak petrol juga).

5) Minyak Masak - Setahon Sekali.

6) Tepong gandom - Paling cikai pon setahon sekali.

7) Gaji Pekerja? - Dua tahon pon belom tentu NAIK.

8) Bonos? - Jangan cubha-cubha di sebot, makan sop kakhi pulak karang.


Nota Kaki.

Barang Naik? Bila Naik? Bila-Bila Naik, Berapa Naik? Baaanyaaakk Naik.....
[ Read More ]

Kamhu ialah tempat simphanan ilmu


Kamhu ialah tempat simphanan ilmu.

Aahh..
Kau tamakkan ilmu
Kau fixed depositkan ilmu itu
Kau kebalkan ilmu itu
kau kunchikan ilmu itu
kau gudangkannya

Aah..
Kau lacurkan sajha,
Dobrakkan sajha,
Bebhaskan sajha,
Lephaskan ia,
Baraikan lah,

Aah..
Kau bimbhang dia kan manifestasikan ilmu itu,
Kau churiga dia kan meranapkan kau.


P/s
Gambar di atas tiada kene mengena. tq.
kredit kepada Zunar. eh.. Meksis ke Selkom??
[ Read More ]

Tip-U Bisnes Dari Kotak Oren


Tip-U Bisnes Dari Kotak Oren

1 ) Pernahkah kamhu terdengar teori yang mengatakan perniagaan merosot atau musnah dikaitkan dan disebabkan oleh terlalhu ramai pelanggan?? Agak aneh juga kedengarannya ya?

2 ) Pernahkah kamhu melihat gerai,warung atau restoren yang dulunya sentiasa seshak dengan pelanggan sekarang sudah tidak semeriah dahulu ataupun lebeh trajiknya terpaksa gulong tikar? kita semhua tidak mahukan perkara ini terjhadi dalam perniagaan kita bukan?

3 ) Apa yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Situasinya begini, Bila sudah terlalhu ramai pelanggan, pada kebiasaanya kualiti sesuatu barangan ataupun perkhidmatan yang
ditawarkan peniaga jatuh di tahap yang kurang memuaskan, malah penjagaan kualiti sudah tidak di titik beratkan langsung. Apa yang ada di kotak fikiran peniaga adalah keuntungan dan keuntungan sahaja. Mereka terlupa akan kelansongan jangka hayat perniagaan merekha.

4 ) Bagaimana tiadanya penjagaan kualiti yang ketat penyebab empayar perniagaan musnah dalam masa yang singkat berbanding jarak tempoh yang diambil untok membangunkannya? Apakah ciri2 kualiti ini?

5 ) Kualiti merangkumi segala aspek yakni jika peniagaan terdiri daripada jenis makanan aspek yang terpenting ialah kenakkan makanan yang stabil setiap hari sepanjang perniagaan berlangsung. Jangan pula,hari ini pedas, esok masin, lusa pahit tulat masam. Malah waktu menunggu hidangan sampai kemeja makan juga sangat mempengaruhi. Perlu di ingat selalu, bahawa pelanggan yang datang ke restoren bukanlah mahu termanggu-manggu menati makanan. Mereka hadir kerana mereka mahukan
makanan secepat mungkin.

6 ) Kita perlhu sedar, pengguna sangat prihatin terhadap perkhara ini, mereka pasti tidak akan singgah laghi lain kali, malah ada juga yang menwar-warkan pula kepada rakan taulan yang lain tentang kemerosotan kualiti. Malah dari kajian yang saya jalankan, Walaupon harga makanan yang ditawarkan lebeh tinggi daripada tempat lain, jika perkhidmatan dan kualiti sentiasa di dahulukan pasti pengguna tidak menghiraukan perkara itu. Yang pasti setimpal dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Nota Kakhi :

Saya maseh belom berbisnes sechara sepenoh masa, akan tetapi InshaAllah dengan izinNya saya sedang dan akan memulakan bisnes sendiri tidak lama laghi.
[ Read More ]

Siri Berchakap dengan......



Sedhang saya hendak memulakan langkah menyuap Bihun Tomyam buatan Mek, Tiba-tiba Wak Seman yang dudok bersebelahan meja saya ajak berbual pula. - Potong bethul la Wak Seman ni, orang baru je nak sodok... - Maka perbhualan berikut pon terjadi........

Wak Seman : kau keje mana sekarang?
Saya : Di Patco, Sekshen 15, Shah Alam.
Wak Seman : Eh, Kat belah mana ye??
Saya : Berdepan dengan Kilhang Good Year di Bulathan sejahtera.
Wak Seman : Hmm... tak tahu lah..Dekat dengan pablik beng ke?
Saya : ( hampeh la org tua ni, beriya-iya nak tahu pulak. ) Wak tahu tak khilang Carlsberg?
Wak Seman : OoooOOO....tahu2, kat situ rupanya.
Saya : ( haram, kalau kilhang air khenceng Shetan tuh tahu saja ).


Nota Kakhi:
Itulah dia Shah Alam, Tiada hiburan, tiada panggong, Tiada premis tikam ekor, taphi ada khilang Arak terBESAR di Asia Tenggara!!
Aduuuhhaaaiii..........
[ Read More ]

Jangan pernah.


''Jangan pernah membanting pintu, siapa tahu kita harus kembali''



Nota kaki:

Fikir2kan lah... Entri tersingkat untuk bulan julai tahon masehi di kotak oren setakat ini. sembilan patah perkataan saja.
[ Read More ]