.: '' That's what we born to be '' :.

Facebook
RSS

Trunk Release | Ranchangan DIY Kembali..

-
harmza

Salam sejahtera, Bertemu lagi kita dalam rancahngan..... DIY, sebut semula Adik2… Ranchangan... D….I….Y……. Jimat belanja tambah pengetahuan~!
Kali ini apa yang nak saya paparkan ialah bagaimana caranya memaksimumkan penggunaan Alarm kereta.
Kebanyakkan alarm aftermarket dilengkapi dengan Trunk Release. Tapi kebiasaanya pekedai aksessori tidak memasangnya. Kenapa? Disebabkan kebanyakkan kereta menggunakan kabel manual untuk membuka trunk. Jadi untuk memasang remote trunk release, mereka perlu membuat wiring dan memerlukan motor actuator.( lagipun harganya tidak berbaloi untuk dibayar!. )
Ok, disini saya akan menunjukkan serba sedikit tentang cara membuat DIY remote trunk release.
Apa yang patut ada?
1. Door Lock Actuator 2 wire type.
2. Relay .
3. Kabel brek basikal.
4. Wire sekucup rasa.
5. Drill untuk tebuk lubang.
6. Kelengkapan atau Tools yang bersesuaian.
7. Seperti biasa, keberanian. Motonya ialah DARE TO FAIL.



Pertama sekali fahamkan dulu diagram diatas. Kalau sudah faham dan alatan telah mencukupi, mari kita bermula.



Sebelum saya membuat pemasangan yang lengkap, saya telah mencuba terlebih dahulu . Jadi saya lakukan functioning test. Semuanya berjalan lancar, Relay, Door Lock Actuator, Alarm Module semuanya berfungsi dengan baik sekali.Amaran step ini sangat penting.


Letakkan Door lock actuator disebelah reverse lamp. ( ini adalah pada kedudukan kereta Wira ) kereta lain, sila gunakan kreativiti anda sendiri.


Ini adalah gambaran zoom out, lihat kedudukan Door lock actuator dan trunk release. Pastikan selari, kerana boleh memanjangkan jangka hayat Door Lock Actuator disebabkan ia tidak menerima banyak tekanan. Setelah mendapat kedudukan yang baik, tebuk lubang dengan menggunakan drill dan ikat skru tapping pada motor.


Setelah semuanya selesai, tarik kabel dari Door Lock Actuator ke trunk release,laraskan kabel brek basikal secukupnya. Pabila kerja-kerja berkaitan mekanikal telahpun siap, langkah yang seterusnya ialah proses bahagian elektrikal pula

Wayar biru tapkan pada body ( grounding ). Manakala wayar hijau pula, langsung disambungkan terus kepada Relay. ( untuk saya, kedudukan relay saya letakkan di sebelah Alarm Module ). Wiringkan semuanya mengikut diagram yang telah diberi diatas sehingga lengkap.
Pabila semuanya selesai, cuba dan lihatlah keberkesanannya. Selamat mencuba dan maju jaya ya.

Dikepilkan juga video saya.




Nota Kaki : Kadang2 terjadi dimana kedudukan kabel perlu di selaraskan semula.
Nota Kaki lagi : Tak sabar rasanya mahu ke pasaraya, sambil membawa troli ( sambil bersiul pulak ) menuju ke tempat parking kereta dan terus remote trunk release ( tak perlu nak sumbat2 kunci pulak ). He he he… banyak pulak lak pulak yer..hee

2 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    Woah! I'm really enjoying the template/theme of this website. It's simple, yet effectivе.
    A lot of times it's very difficult to get that "perfect balance" between superb usability and visual appeal. I must say you'vе ԁone a supeгb job with this.

    In additiοn, the blog loads ѕuper fast for me on Inteгnet ехplorer.
    Exceptiοnаl Blog!

    Here is my wеbsite; double glazing companies solihull

  2. Tanpa Nama says:

    tuan nak tanya mcm saya punya alarm kt soket trunk release ade 2 wayar yg mana satu kita nk sambungkan kt relay