.: '' That's what we born to be '' :.

Facebook
RSS

Cara Install Garmin XT Pada Nokia E71 (Symbian S60 v3)



Saya baru2 ini ada membeli nokia E71, kebetulan saya dapat agak murah berbanding biasa kerana memori kad perlu di format semula. Kemudian saya ada bertanya di kedai membaiki handphone di Plaza Alam Sentral. Cuba teka, pekedai itu mahu RM100 untuk format (sebenarnya, pekedai tidak guna perkataan format, katanya memori kad sudah rosak, kena tukar baru. Apa?? Nampak sangat pembohongnya ) dan install software seperti Garmin XT untuk saya.
Ini agak mencabar saya, kerana saya ada pengalaman dengan telefon yang menggunakan OS Symbian. Ia mengambil masa selama 2 hari untuk eksperimen dan konfigurasi berfungsi dengan baik. Kerana ia mengambil masa saya yang agak lama, jadi saya akan menjimatkan masa kamu dengan menulis entri ini. Semoga berhasil dan berjaya.



1. Apa yang anda Perlukan?

I. Sila muat turun disini sekitar 80mb. walaupun ini utk nokia 5800, tetapi fundamentalnya adalah sama.
Zip fail itu harus mempunyai dokumen seperti dibawah:
• GarminMobileXTforSymbianS603rdEdition_50040.exe
• GarminMobileXTFreeBasemap_4xxxx.exe
• GarminMobileXTSupportFiles_4xxxx.exe
• gmapsupp.img (Malaysian Map, with DUKE highway)
• garmin_kgen.exe
• GarminMobile20_GarminMobileXTOwnersManual.pdf
• 5800_manual.pdf
II. Kabel USB yang menghubungkan antara PC dan HP.
III. Laptop atau PC yang berfungsi.
IV. Perisian PC Suite untuk Nokia E71 anda.
V. Bateri HP anda dan PC/Laptop anda dalam keadaan penuh. ( Direkemenkan menggunakan laptop yang baterinya dalam keadaan baik, kerana kita tidak mahu ianya terputus di tengah jalan jikalau bekalan elektrik terputus. )
VI. Kesabaran dan Kecekalan yang baik.

2. Ayuh kita bermula | Nokia E71

I. Back up semua data anda menggunakan perisian PC Suite ( sila ke laman Nokia )
II. Reset Nokia E71 anda dengan menekan *#7370#. Ia mengambil masa 2-3 minit dan anda akan kehilangan data C: anda ( kecuali memori kad ) . Tapi jangan risau, kan anda telah back up data anda tadi.
III. Dengan Nokia E71 anda, pergi ke Menu > GPS > GPS data > Positioning > Positioning Methods. Enable ‘’Assisted GPS’’ dan ‘’Intergrated GPS’’ sahaja. Ini untuk memastikan anda tidak dikenakan bayaran.
IV. Pergi ke Menu > GPS > GPS data > Position > Option > Satellite Status. Ini untuk menunjukkan signal yang telah di terima, Pastikan anda berada di kawasan yang lapang. Di luar rumah adalah yang terbaik. Setelah anda dapat sekurang-kurangnya 4 Satellite Signal, masuk semula ke dalam rumah, anda tidak mahu orang disekeliling berfikir anda gila melambai-lambai dengan telefon anda di luar rumah.
V. Sekarang anda telah bersedia untuk Garmin XT dan langkah seterusnya.

3. Install GarminXT | Nokia E71.
I. Setelah anda muat turun fail di atas, Unzip kan ia, digalakkan di letakkan pada desktop anda.
II. Sambung HP anda menggunakan USB dan pilih ‘Mass Storage mode’.
III. Dari PC anda, double click “GarminMobileXTforSymbianS603rdEdition_50040.exe” install dan tunggu.


IV. Double click “GarminMobileXTFreeBasemap_4xxxx.exe” install dan tunggu.
V. Double click “GarminMobileXTSupportFiles_4xxxx.exe” klik install, ini mengambil masa yang agak lama, di cadangkan pergi ke peti sejuk dan ambil air untuk membasahkan tekak.
VI. Cabut USB connection antara PC dan HP
VII. Dari HP anda, pergi ke Menu > Office > File Manager > Memory card. Di situ pastikan ada GarminXT.sis fail. Klik dan Installkannya….

4. Cracking GarminXT | Nokia E71.
I. Pergi ke cermin muka terdekat, lihat muka anda dengan jelas, katakan dengan kuat ‘’ Ya,! Saya seorang yang suka kedekut dan sangat jimat’’ ulangi sebanyak 3x.
II. Jalankan aplikasi Garmin XT anda dari HP anda Menu > Installation > Garmin. Ia akan menunjukkan anda sedikit konfigurasi. Pilih yang anda berkenan.
III. Setelelah keluar skrin untuk anda bermula, pilih yang paling bawah sekali, kemudian akan keluar skrin ‘’ Where To’’ dan ‘’View Map’’
IV. Di Garmin XT, pergi ke Tools > Setting > About. Di situ akan dipaparkan ‘’Card ID’’ tulis no itu di kertas. Anda perlukan ia untuk langkah yang seterusnya nanti.
V. Kemudian Exit Garmin XT.
VI. Di PC anda, jalankan “garmin_kgen.exe” dan masukkan ‘’Card ID’’ yang telah di tulis tadi.
i. Generatekannya dan anda akan di paparkan rangkaian kod. Copy kod itu di Notepad dan save as “sw.unl”. Caranya tukarkan pada save as type: All Files. *Pastikan adalah ‘’sw.unl’’ bukan sw.unl.txt”*
VII. Sambung HP anda menggunakan USB dan pilih ‘Mass Storage mode’.
VIII. Copy “sw.unl” ke Garmin Folder. Biasanya ada di E:/Garmin.
IX. Copy “gmappsupp.img” dari muat turun fail tadi ke Garmin Folder juga. “gmapsupp.img” adalah untuk Peta Malaysia.
X. Cabut USB connection antara PC dan HP

5. Restore Nokia E71 anda.
I. Sambung HP anda menggunakan USB dan pilih “ PC Suite”.
II. Restore semula konfigurasi anda melalui back up.

6. Konfigurasi GarminXT | Nokia E71.
I. Anda tidak perlukan PC lagi, Tutup dan jimatkan elektrik.
II. Jalankan aplikasi Garmin XT di HP anda.
III. Pergi ke Tools > Setting > System > Remote GPS. Tukar kepada(Enable) “Use Attached GPS” dan matikan (disable) “ Bluetooth GPS”.
IV. Pergi ke Tools > Manage My Data > Map Sets > MapSource. Pastikan semua peta (map) adalah dalam keadaan sedia (enabled).

7. ‘Bermain’ dengan GarminXT | Nokia E71.

I. Tutup lampu dan kipas. Pergi keluar.
II. Jalankan aplikasi Garmin XT di HP anda.
III. Pilih “View Map” dan tunggu sebentar. Setellite akan mencari kedudukan anda. Kadang2 ia mengambil masa sehingga 5minit atau lebih. Jadi,bersabar dan redha je ye!
IV. Sekarang, anda akan melihat kedudukan anda.
V. Pergi semula ke skrin asal dan pilih “Where To”. Jika anda berada dirumah dan mahukan Garmin XT menetapkan lokasi sebagai “home”, hanya pilih sebagai tetapan “Home”
VI. “Where To” agak sedikit mengkonfiuskan anda. Tapi pada kebiasaanya saya menggunakan “Where To” > Point of interest. Di situ terdapat banyak pasaraya, hospital, Bank, Mesin ATM dan lain-lain lagi. Dari sini anda dapat mencari dengan lebih mudah.
VII. Katakanlah pada diri sendiri “ Syabas~!”. Langkah seterusnya adalah terpulang kepada anda, dicadangkan anda masuk semula ke bilik, ucapkan selamat malam pada kekasih dan tidurlah dengan aman dan tenang kerana anda telah menjimatkan lebih kurang RM80.!!

Nota Kaki : Saya tidak menyediakan sokongan teknikal. Jika ia tidak berfungsi dengan baik untuk anda, anda boleh meninggalkan komen anda dan mengharapkan seseorang akan membantu, ataupun minta bantuan dari lebai Google!
[ Read More ]

Keshah Misterius..



Keshah pon bermula.....
Ada satu lif.
Dua orang masuk.
Satu lalaki dan satu parampuan.
...Satu lalaki berada di depan.
Satu parampuan berada di belakang.

Tidak semena-mena terdengar bunyi 'pruttt..pruuutt.!..?' (tanda soal dibaca intonasi menaik)
2 saat kemudian berbau..
Satu lalaki menahan..
Satu parampuan buat-buat tak tahu..

Apabila lif berhenti,
Satu parampuan berjalan lari, satu lalaki berderai ketawa... kah kah kah!

*sekrang baru saya tahu, parampuan yang comel cantik dan bermata jeli tidak menjanjikan kentut yang wangi..kah kah kah! Menahan ketawa di dalam lif adalah suatu perbuatan yang gampang bunyinya!

nota:

Kejadian bermula di tingkat tujuh! Masa diambil ke ground floor adalah 36 second. Ini bermakna lebih kurang 30 second ini merupakan Kisah Yang Misteri! kah kah kah!
[ Read More ]

Salam Lebaran Eidulfitri


Salam Lebaran Eidul Fitri.

Buatmu
Tiadalah kata secantik bahasa
Tiadalah persis semadah purnama
...
Tiadalah malam sepuja Lailatul Qadr
Tiadalah bulan semulia Ramadhan

Tiadalah rasa segundah bersalah
Tiadalah sesal sekecewa berbalah
Tiadalah tika sepasrah berpisah

Dan, di hari yang indah lagi suci
Lebaran Aidil Fitri

Buatmu
Kuhulurkan salam seharum bunga-bunga jannah
berharap darinya kemaafan dan keampunan
yang semalam, nan hari ini, nun esoknya
kita ini bersaudara satu ruh, satu jasad

Maaf Zahir dan Batin

Nota Khaki..
Daku merinduimu ya Ramadhon.....
[ Read More ]