.: '' That's what we born to be '' :.

Facebook
RSS

Ahlan wahsahlan ya Ramadhon.



1.Lagi beberapa hari umat Islam di Malaysia akan menyambut kedatangan bulan yang penoh mulia dan keberkatan iaitu Ramadhon.Mengikut kalendar ianya akan jatuh pada 1 ogos 20011. < macam dah xde thrill langsung sekarang ni, sebabnya kita dah tahu lebeh awal.
2.Di kesemphatan ini, Kotakoren mengucapkan selamat menyambut kehadiran Ramadhon Al-Mubarak.
3.Kotakoren juga ingin memohon sejuta kemaafan andaikata ada mana-mana entri ataupun kata-kata yang telah menyinggung perasaan penjenguk blog ini.
4.Semuga semuanya dikurniakan kesehatan yang baik dan diberikan kekuatan untuk beribadah nanti.
5.Selamat berpuasa!

Ahlan wahsahlan ya Ramadhon!


Nota kaki: Kotakoren telah diserang virus flu dan batuk sejak beberapa hari ini. Harap boleh sembuh sebelom Ramadhon menjelang.
[ Read More ]

kisah yang bizarre!



Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."


Nota Kaki: Dah lama kotakoren tak rasa birthday cake~! kah!
[ Read More ]

PELUDAH WARNA

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said
[ Read More ]

Siapa nak duet? Sila join!< bongok!


Ada orang kata :

1.skim cepat kaya
2.Skim piramid?
3.4D - Duduk Diam Dapat Duet.
4.Jualan Langsong.
5.Kerja Separoh masa.


Dia akan kata :

1.Barang ni baek untuk kesehatan.
2.Kalau kamu jual ni kamu akan dapat duet tambahan.
3.Skim ni nak tolong orang melayu dan Islam.
4.Dijamin Halalan toyyiba.
5.Dalam masa sebulan dapat jadi Manager.
6.Minggu depan kereta BMW saya keluar.
7.Kamu gigiet jarilah kalau tengok saya kaya nanti.
8.Rugi besar kalau tak join sama.
9.Peluang sekali seumur hidup.
10.Artis terkenal pon join sama.

Saya akan jawab :

1.Minuman keras Carlsberg, pon CEO dia cakap baek untuk kesehatan!.
2.Kalau tak dapat jual? kamu nak tanggung air liur dengan modal yang dah didahulukan?
3.Kalau nak jual, jual saja.! tak perlu libatkan agama dan bangsa.! pembohong!.
4.Setakat tunjuk sijil apa barang. Pasport pon dorang boleh duplicate.
5.Kalau lebeh dari sebulan? kamu boleh jamin?
6.Yeke? kalau macam tu tunggu kamu bawak BMW tu dengan gerannya sekali tunjukkan pada saya. Dijamin saya akan terpedaya.
7.Tak payah tunggu nanti. Sekarang pon saya dah gigiet jari lihat kebodohan kamu.
8.Lagi rugi kalau saya join.
9.Tak apa, saya tunggu skim-skim yang laen pulak.kah kah.
10.Sebabnya artis tuh dah tak laku. Dengan kata laen dah pokai. So inilah lobang duet dia. Sengal!

Apapun istilahnya dan apa jua kata2, Heyy! aku tak berminat!( Nada Tegas ataupon ayat Seru!)
jangan nak cerita banyak2 lagi!
buang masa tahu tak? tak tahu? kalau nak tahu sila hempok kepala di tayar keretapi lapan ratus kali.
dijamin akan tahu.!


Nota kaki : Hooii! nak masok tandas pon kene doposen!
[ Read More ]

Unggun Bersih

Sajak oleh sasterawan negara! 
Sajak yang bukan membodek!

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
http://samadsaid.wordpress.com/
[ Read More ]

Baizura Kahar kembhali.


Alhamdulillah...


Baizura kahar saya telah kembhali! dan dia akan beraksi setelah lebih dua minggu di dalam wad.
Dokter cakap beliau telah pulih, arakian perlu menjalani terapi selama sepurnama.
Makan pun kena pantang jugak..adooiiyaaii...
Bilnya?? Aduuhh... rabak jugak la poket.. Ringgit Malaysia seratus lapan puluh sahaja.! < demit!
Lari bajet nak tengok muvie Awekku Pontianak, kah kah kah.!

Semuga beliau pulih dengan jayanya! dan akan terus beraksi dengan lebeh cemerlang lagi selepas ini.

Nota Kaki : Sesiapa yang ada bujet lebih dan tiada teman menonton muvie silalah meses2 saya ya! pasti kamu tidak akan dihampakan!
[ Read More ]

Bershua kembhali..

Nampakna catatan blog ini agak sepi sejak saya pulang dari obersea. Mungkin agak malas? Tak ada idea? Ataupun dah malas nak membelog?

Aduhhhlaa.. Ekseli laptop kesayangan saya < yeke sayang? Padahal selalu je campak2. Telah dijangkiti penyakit batuk kering. Sudah hampir dua minggu beliau berada di dalam wad shaw centerpoint Klang.

Mengikut kata dokter pakar, sakitnya ini agak kritikal dan bahaya. ianya memerlukan 'papan ibu' baru.. Aduhhlaa lagi.. Koyak la poket ni lagi hoii..

Dan entri ini adalah percubaaan menggunakan telefon tangan pintar. Kalau agak senget2 tu harap abaikan jer..

Nota kaki: doakan kesehatan baizura kahar < nama timangan laptop saya. Ya.. Semuga beliau akan berkhidmat dengan jayanya selepas ini.

Nota kaki lagi : gambar tu takda kena mengena dengan sesiapa. :-P:-P:-P

Bubye..

[ Read More ]