.: '' That's what we born to be '' :.

Facebook
RSS

Milik siapakah jari ini?

Misi saya pada hari raya ke-5 sudah berlalu iaitu pada 03 september 2011.. Misinya adalah gambar dibawah ini.. jadi tafsirlah sendiri ya!

Original ke ni? nampak cam zhulian je.. he he he..

Dah selamat disarungkan? tapi, tangan siapa tu? nampak gebu je.. he he...
Nota khaki: Semoga dipermudahkan segala urusan.. Amin.......
[ Read More ]

DIY | Side fender lamp wira

Haaaiiiii... semua......
Bertemu lagi dalam ranchangan DIY,pada entri kali ini, saya akan menunjukkan serba sedikit cara-cara DIY side fender lamp wira. Ianya akan menyala sekali sewaktu kita on switch lampu. Kalau dikedai aksesori kereta, upah untuk buat wiring ni akan dikenakan cas lebih kurang RM15 hingga RM25. Jadi daripada kita membazirkan duit, lebih baik buat sendiri disamping menambah pengatahuan kita. Sila ikuti cara-caranya dibawah ini. Kalau kurang faham atau ada persoalan, Sila tinggalkan komentar anda. - klik pada gambar untuk besarkannya..

Ini adalah diagram sebelum proses dijalankan. Basic sahaja, Saya rasa ianya mudah difaham.

Ini adalah diagram selepas ianya diwiring, Fahamkan dan anda akan mudah untuk membuatnya. Simple wiring, diharap ianya membantu.


Mula-mula, keluarkan side fender signal. Kenal pasti polarity antara Positive dan Negative. Gunakan test lamp ataupun multimeter. (Kebiasaanya wayar negative berwarna hitam.
Ini wayar yang perlu di'tap'kan ke lampu kecik pada head lamp. Kenalpasti juga Polaritynya. Sambungkan pada Positive 12v.

Kemaskan wiring, dan pasang semula side signal fender. Dah siap! Signal fender akan juga berfungsi dan berkelip semasa signal membelok dihidupkan. Cuma bezanya kali ini ianya berkelip tidak sekata dengan signal pada head lamp. tetapi ianya tiada masaalah, Malah lebih baik.
[ Read More ]