.: '' That's what we born to be '' :.

Facebook
RSS

Anugerah Skreeen, 2010..

Click for enlarge


 Have you ever had a friend online? Yes friends you never once see them up. Only through an online acquaintance. In fact, you feel her is the best online friends that you have never met in life. Willing to treat yourself to all this madness.  Their willing to make friends with honest without any intention behind it. And doesn't care who you are.

 


I could not imagine and I do not know where it started, suddenly it has started. And at the end of this year, she has given me the awards. Although for some people assume it is not much, but for me it was exhilarating moment of my life. For the giver, Thank you so much for the reward. ha ha ha.. I will strive to maintain it.



Nota Kaki:
For someone special in my life, don't worry you are only in my deepest heart. ( do not jealous ya!)

Nota Kaki lagi:
My English are broken, because Mi no spik inglis... kah kah
[ Read More ]

Sender Unit Assy a.k.a pelampung tangki minyak

Salam.. berjumpha laghi dalam ruangan DIY, pada episod kali ini saya akan menunjukkan pertukaran pelampung minyah pada tangki motosikal a.k.a Sender unit assy dan cara-cara mengenal pasti komponen apa yang sebenarnya rosak. Ini adalah pada motosikal saya Yamaha ss two. untuk motosikal lain fundamental dan mekanismanya adalah sama.

 
 Meter minyak pada motosikal saya sangat gila.. Jarum hanya turun pada separuh sahaja walaupun minyak di dalam tangki suda kosong. Jadi saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit penyelidikan berkaitan komponen mana yang sebenarnya telah rosak. Sama ada meter ataupun sender.

 1. Buka Pelampong atau sender unit pada tangki minyak menggunakan spanar size 8mm.










2. Inilah sender unit assy.











 3. Setelah dikeluarkan, saya menggunakan digital multimeter untuk menguji Voltage Supply ke Sender, nampaknya, meter minyak motosikal saya tidak ada masaalah. Dan suspek utama dalam kes ini adalah sender unit itu sendiri.





4. Kemudian saya membuat sedikit konfigurasi, sambungkan wiring dan sender seperti asal. Kemudian letakkan probe multimeter pada terminal -ve dan +ve. Setkan pada mode resistance pada multimeter. Turun dan naikkan pelampung dan lihat resistan value nya. Unit saya ini resistance value nya statik pada sesetengah tempat.

* sedikit formula, resistance value tinggi, voltage rendah pada kedudukan 'E'. Resistance value rendah, Voltage tinggi pada kedudukan 'F'.





5. Saya bukak unit itu dan lihat sesetengah resistance pada board telah saturated.









6. Dan apa lagi.Nampaknya saya terpaksa beli sender unit yang baru, Disebelah kiri adalah unit yang lama, dan sebelah kanan adalah unit yang baru. Saya cadangkan anda beli yang original. kerana kualiti adalah yang terbaik, berbeza dengan yang imitation.






7. Pasangkan semula sender unit pada tangki minyak. Sambungkan juga wiringnya. Kemudian test. Untuk motosikal saya ianya berjaya











Sekian sahaja untuk hari ini, nantikan DIY yang akan datang.
~Hamzah~













[ Read More ]

True friend bring out the best in each other..

................Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. . Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
tenung-tenungkanlah.. ..

~ hamzah~
[ Read More ]

Bagaimana caranya Install Garmin XT pada Nokia e72.



Saya baru sahaja membeli sebiji Nokia E72. bagaimana untuk menginstall Garmin XT pada Nokia E72? Di bawah ini saya tunjukkan caranya,
Berbagai cara anda boleh menginstallkannya. Tapi harus di fahami dengan jelas fundamentalnya ya. Ini adalah cara konfigurasi untuk Nokia e72 pula, entri sebelum ni adalah untuk e71.

Langkah 1,
 1.   Apa yang anda Perlukan?
    I.            Sila muat turun disini (http://rapidshare.com/files/252054195/GarminXT_for_Nokia_5800.zip) (80 mb ++). (Ini adalah untuk nokia 5800, tetapi boleh juga digunakan.) http://rapidshare.com/files/421709420/GarminXT.rar
Zip fail itu harus mempunyai dokumen seperti dibawah:
·   GarminMobileXTforSymbianS603rdEdition_50040.exe
·   GarminMobileXTFreeBasemap_4xxxx.exe
·   GarminMobileXTSupportFiles_4xxxx.exe
·   gmapsupp.img (Malaysian Map, with DUKE highway)
·   garmin_kgen.exe
·   GarminMobile20_GarminMobileXTOwnersManual.pdf
·   5800_manual.pdf
    II.        Kabel USB yang menghubungkan antara PC dan HP.
   III.        Laptop atau PC yang berfungsi.
   IV.        Perisian PC Suite untuk Nokia E72 anda.
    V.        Bateri HP anda dan PC/Laptop anda dalam keadaan penuh. ( Direkemenkan menggunakan laptop yang baterinya dalam keadaan baik, kerana kita tidak mahu ianya terputus di tengah jalan jikalau bekalan elektrik terputus. ) 
   VI.        Kesabaran dan Kecekalan yang baik.
2. Ayuh kita bermula | Nokia E72
      I.        Back up semua data anda menggunakan perisian PC Suite ( sila ke laman Nokia )
    II.        Reset Nokia E72 anda dengan menekan *#7370#. Sesetengah HP ia memerlukan phone lock code. 12345 adalah default code untuk nokia. Ia mengambil masa 2-3 minit dan anda akan kehilangan data C: anda ( kecuali memori kad ) . Tapi jangan risau, kan anda telah back up data anda tadi.
   III.        Dicadangkan anda memformat semula Memory Card anda. ( Jika anda skip step ini pun tak apa).
   IV.        Dengan Nokia E72 anda, pergi ke Menu >Application> GPS > GPS data >Option> Positioning Setting>Positioning Methods. Enable ‘’Assisted GPS’’ dan ‘’Intergrated GPS’’ sahaja. Ini untuk memastikan anda tidak dikenakan bayaran. Disable Network based.
    V.        Pergi ke Menu >Application> GPS > GPS data >  Position > Option > Satellite Status. Ini untuk menunjukkan signal yang telah di terima, Pastikan anda berada di kawasan yang lapang. Di luar rumah adalah yang terbaik. Setelah anda dapat sekurang-kurangnya 4 Satellite Signal, masuk semula ke dalam rumah, anda tidak mahu orang disekeliling berfikir anda gila melambai-lambai dengan telefon anda di luar rumah.
 VI.        Sekarang anda telah bersedia untuk Garmin XT dan langkah seterusnya.

3. Install GarminXT | Nokia E72.
  1. Setelah anda muat turun fail di atas, Unzip kan ia, digalakkan di letakkan pada desktop anda.
  2. Sambung HP anda menggunakan USB dan pilih ‘Mass Storage mode’.
  3. Dari PC anda, double click “GarminMobileXTforSymbianS603rdEdition_50040.exe” install dan tunggu.
  4. Double click “GarminMobileXTFreeBasemap_4xxxx.exe” install dan tunggu.
  5. Double click “GarminMobileXTSupportFiles_4xxxx.exe” klik install, ini  mengambil masa yang agak lama, di cadangkan pergi ke peti sejuk dan ambil air untuk membasahkan tekak.
  6. Cabut USB connection antara PC dan HP
  7. Dari HP anda, pergi ke Menu > Office > File Manager > Memory card. Di situ pastikan ada GarminXT.sis fail. Klik dan Installkannya….
 4. Cracking GarminXT | Nokia E72.
      I.        Pergi ke cermin muka terdekat, lihat muka anda dengan jelas, katakana dengan kuat     ‘’ Ya,! Saya seorang yang suka kedekut dan sangat jimat’’ ulangi sebanyak 3x.
      I(a).        Jalankan aplikasi Garmin XT anda dari HP anda Menu > Installation > Garmin. Ia akan menunjukkan anda sedikit konfigurasi. Pilih yang anda berkenan.
    II.        Setelelah keluar skrin untuk anda bermula, pilih yang paling bawah sekali, kemudian akan keluar skrin ‘’ Where To’’ dan ‘’View Map’’
   III.        Di Garmin XT, pergi ke Tools > Setting > About. Di situ akan dipaparkan ‘’Card ID’’ catatkan nombor itu. Anda perlukan ia untuk langkah yang seterusnya nanti.
   IV.        Kemudian Exit Garmin XT.
  V.        Di PC anda, jalankan “garmin_kgen.exe” dan masukkan ‘’Card ID’’ yang telah dicatatkan tadi.    (a).        Generatekannya dan anda akan di paparkan rangkaian kod. Copy kod itu di Notepad dan save as “sw.unl”. Caranya tukarkan pada save as type: All Files. *Pastikan adalah ‘’sw.unl’’ bukan sw.unl.txt”* (Sangat Penting)   VI.        Sambung HP anda menggunakan USB dan pilih ‘Mass Storage mode’.
 VII.        Copy “sw.unl” ke Garmin Folder. Biasanya ada di E:/Garmin. 
VIII.        Copy “gmappsupp.img” dari muat turun fail tadi ke Garmin Folder juga. “gmapsupp.img” adalah untuk Peta Malaysia.
Cabut USB connection antara PC dan HP

  5. Restore Nokia E72 anda.
  1. Sambung HP anda menggunakan USB dan pilih “ PC Suite”.
  2. Restore semula konfigurasi anda melalui back up.

 6. Konfigurasi GarminXT | Nokia E72.
  1. Anda tidak perlukan PC lagi, Tutup dan jimatkan elektrik.
  2. Jalankan aplikasi Garmin XT di HP anda.
  3. Pergi ke Tools > Setting > System > Remote GPS. Tukar kepada(Enable) “Use Attached GPS” dan matikan (disable) “ Bluetooth GPS”.
  4. Pergi ke Tools > Manage My Data > Map Sets > MapSource. Pastikan semua peta (map) adalah dalam keadaan sedia (enabled).

7. ‘Bermain’ dengan GarminXT | Nokia E72.
  1. Tutup lampu dan kipas. Pergi keluar.
  2. Jalankan aplikasi Garmin XT di HP anda.
  3. Pilih “View Map” dan tunggu sebentar. Setellite akan mencari dan mencari anda kedudukan anda. Kadang2 ia mengambil masa sehingga 5minit atau lebih. Jadi,bersabar dan redha je ye!
  4. Sekarang, anda akan melihat kedudukan anda.
  5. Pergi semula ke skrin asal dan pilih “Where To”. Jika anda berada dirumah dan mahukan Garmin XT menetapkan lokasi sebagai “home”, hanya pilih sebagai tetapan “Home”
  6. “Where To” agak sedikit mengkonfiuskan anda. Tapi pada kebiasaanya saya menggunakan “Where To” > Point of interest. Di situ terdapat banyak pasaraya, hospital, Bank, Mesin ATM dan lain-lain lagi. Dari sini anda dapat mencari dengan lebih mudah.
  7. Katakanlah pada diri sendiri “ Syabas~!”. Langkah seterusnya adalah terpulang kepada anda, dicadangkan anda masuk semula ke bilik, ucapkan selamat malam pada kekasih dan tidurlah dengan aman dan tenang kerana anda telah menjimatkan lebih kurang RM80.!!
 Nota Kaki :  Saya tidak menyediakan sokongan teknikal. Jika ia tidak berfungsi dengan baik untuk anda, anda boleh meninggalkan komen anda dan mengharapkan seseorang akan membantu, ataupun minta bantuan dari lebai Google!

[ Read More ]

Sesaat luahan Kotak Oren..


Selalui saya rasa hidup ini tidak adil untuk orang lain, tak adil juga untuk diri sendiri, selalu sangat pentingkan diri.Asek nak menang jerk, kalau cakap mesti saya je betul, orang lain salah. Mesti saya nak pangkah hujah orang lain. ( tapi biasanya saya pangkah hujah yang memang tak masuk akal. < inipun masih nak ego lagi kan? Hee..he.. memang sifat lelaki macam saya kowt. Sampaikan si’dia’ sudah dapat menghidu perangai saya ni.Terkadang rasa saya nih sangat selfish.. Cakap lepas je, tanpa memikirkan perasaan orang lain. Asal terlintas di kotak fikiran mesti saya terus cakap. Straight to the point lah orang cakap. Kekadang menyesal bila dah terlepas cakap.. But apakan daya.. telajak Bas boleh buat u-turn, terlajak keretapi? Keretapi tak da gear gostan.
Saya sedang dan masih berusaha memperbaiki diri ini, saya hanyalah ciptaanNYA. Ampunkan lah saya sesungguhnya saya tidak sempurna. Mungkin saya tidak adil untuk anda,tapi saat itu saya rasakan ianya adil untuk diri saya.

Nota Khaki:
Pada si’dia’ dan kepada mereka yang disekeliling saya, maafkanlah diri ini andai saya bersifat tidak menyenangkan pada kalian semua. Kalian semua adalah yang terbaek untuk diri saya, teruskanlah menjadi yang terbaek untok saya ya.~!

Nota Khaki kiri:
Macam ucapan hari raya pon ada~! AHHH~~!! Layan…..
Naufal Fansuri,
141210 / 1002am
Opis tempat kerja.
[ Read More ]

Jum Berchuti..

Sekarang adalah bulan Disember.. Apa perkara yang besh bulan Disember ni? ade bende menarek ke?
ada kejutan ke? ade seprise tak? he he he...
perkara yang besh pada hujung tahun ni ialah menghabeskan cuti tahunan... yahoooo..





P/s: Aktivi wajib bila cuti ialah??.....hahahaha..
[ Read More ]