.: '' That's what we born to be '' :.

Facebook
RSS

PELUDAH WARNA

-
harmza

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

2 Responses so far.

  1. nixaxwa says:

    Surat itu dilipat dengan kemas dan diselitkan dalam poket baju uniformnya…kemudian perlahan-lahan tangannya menutup pintu jerisi besi yang kini kosong tiada penghuni …Yang ada hanyalah serpihan dan gumpalan kertas kosong …Mungkin menunggu penghuni yang baru …Yang akan bermula dengan cerita baru dengan empunya diri…Pen yang tercicir di atas lantai penjara dibiarkan …Mungkin kerana terlupa. Dan kerana itulah dinamakan sebagai sifat semulajadi MANUSIA

  2. nixaxwa says: