.: '' That's what we born to be '' :.

Facebook
RSS

Perlukah Sedekah??

-
harmza



Pahala Yang Berterusan



Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah amalnya melainkan daripada tiga sumber sahaja, iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil kemanfaatan daripadanya dan anak soleh yang akan mendoakan untuknya”. Hadith riwayat Muslim.

Mungkin kita sering dengar akan matan hadith ini, tapi sejauh mana kita menghayatinya. Ok, mari kita sama-sama fahamkan. Apa yang dimaksudkan di dalam hadith di atas, apabila seseorang itu meninggal dunia, terputuslah baginya peluang untuk menambah pahala untuk dirinya. Dia tidak akan dapat menambah lagi pahalanya melainkan tiga sumber.

Pertama sedekah jariah, iaitu segala wakaf yang dijariahkan semasa hidup seperti mewakafkan tanah untuk kebajikan, membina masjid, sekolah, jalan, dan sebagainya. Selama mana harta benda ini digunakan, selama itulah ia mendapat pahala yang berterusan yang mengelir masuk ke dalam suratan amal kebaikanya.

Kedua ilmu yang bermanfaat, iaitu segala ilmu yang dapat memberi manfaat kepada orang lain, dan dapat menambah ketaqwaan mereka kepada Allah. Maka selama mana ilmu itu dipelajari, dikembangkan dari masa ke semasa, selama itulah orang yang mengajar pada mula itu mendapat pahala yang berterusan. Begitu juga dengan orang yang mengarang buku, blog dan lain-lain yang boleh membari manfaat, selama mana buku dan blog itu dibaca dan dipelajari. Penulis blog pun tidak terlepas dari mendapat pahala yang berterusan, niat itu penting.

Ketiga anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya. Saya masih belum berkahwin, namun memang impian aku untuk melahirkan anak yang soleh yang bertaqwa dan berwibawa. Mungkin indah bagi insan yang dikenali sebagai Affuan :) . Namun, “mana akan datangnya durian jika yang ditanam itu benih kelapa”. Insan soleh tidak dapat dilahirkan dengan didikan yang jauh dari didikan agama atau diasuh dalam kelompok yang tidak sihat. Insan solah adalah didikan yang berterusan dan proses yang tersusun rapi. Ini merupakan hasil daripada kegigihan ibubapa, guru dan kelompok yang sihat dan membawa anak tersebut ke arah ketaatan.

Cuba kita fikirkan sebentar, adakah salah satu di antara tiga perkara diatas telah kita lakukan. Jom sama-sama jayakan diri kita.. :D

saya sedang bekhu...tak de ide...bagilah kredit kepada infomalaya
eh celkom ke meksis?