Kelmarin.
Aku masih disini
aku tinggalkan sekeping hati
Di dalam belukar ini
Dan aku tandakannya dengan 'Inilah belukar cintaku'
Dan kupacakkan disitu
Semalam,
Kau lewati belukar itu
kau redah semak samun itu
melihat tanda pasti
Masihkan ada disitu
Hari ini
Kau masih lewati lagi
Di semak samun itu
mana parangmu
menebas belukar ini
Esok
Apakah tanda itu masih disitu
tidakkah kau mahu membajainya
ataukah merampas tanda itu
menandakan ianya hak kamu.
~ Naufal Fansuri~
Categories:
Ayat jiwa
Catat Ulasan